Assalamualaikum
Hye semua sihat?
Okay lah harini terasa rajin nak update blog. Hahahaha
Okay so let's start the topic. Eh siapa yg kaki facebook kan korg ada perasan tak org upd status pasal ni "Pakai tudung....." "Dahlah seksi....." "Eh kau pakai tudung mcm lah alim kan" Okay lah aku bgi example yg lebih detail or sng faham aaa.
Facebook status from Dia Bin Atang :
"Aku pergi shopping complex harini and aku nampak ramai lah perempuan yg pakai shawl sekarang ni and semuanya hipokrit. Just ikut fesyen kononnya nak nampak mcm Yuna."
"Eh mulut tu tak payah lah nak macam longkang. Tolonglah kau tu pakai tudung. Apa seh zaman sekarang pakai tudung hanya untuk berfesyen."
Okay lah aku malas nak tulis contoh yg lain. Kalau boleh aku nak je copy bulat-bulat kt status org yg tulis mcm ni. Tapi takpe laa aku sangat malas nak cari orgnya and lagi satu kerja nak kena cari status dia. Pergh kena baca satu-satu pula status dia tu yg penat.
So, apa yg aku nak cakap kat sini. Erm okaylah, mungkin ada betul juga yang certain org ni pakai tudung hanya ikut fesyen and then bila dia rasa nak pakai tudung dia pakai, kalau taknak tak payah pakai. Tapi sayang-sayangku sekalian, tidak semua mcm tu. Janganlah judge seseorg tu mengikut luaran. I mean kau tgk dia pakai tudung means dia baik and kau tengok dia tak pakai tudung means dia tk solat 5 waktu. Mana boleh mcm tu. Apa yang kita sepatutnya nilai ialah hati seseorg tu.
Next, aku nak tanya lah kan kalaulah org yg pakai tudung ni kena maki, kena caci tak tentu pasal. Patut ke kita dia hanya kerana dia ni bertudung? Habis tu org yg free hair tu boleh cakap ikut sedap mulut dia je. Yang dia ni hanya diam dan terus diammmmmm. Macamtu? Then bila dia marah sikit nnti ad yg cakap "apa seh, pakai tudung tapi perangai/mulut mcm setan."
Okaylah kau nak tujukan untuk seorg je...tapi dher kalau kau berani kau mention lah nama dia. Tak payah nak babitkan org pakai tudung ni. Sekurang-kurangnya dia tutup aurat.
Okaylah kau nak tujukan untuk seorg je...tapi dher kalau kau berani kau mention lah nama dia. Tak payah nak babitkan org pakai tudung ni. Sekurang-kurangnya dia tutup aurat.
Lagi satu, kau buat dia marah. So takkan lah org tu nak diam hanya disebabkan dia pakai tudung. Macam tu ke? Otak sempit mengalahkan Adnan sempit dherr. Agak aaa pun. Anda tahu tak yg anda sekarang ni tengah menyerlahkan kebodohan anda kepada org ramai dan membuatkn sesetengah org fikirkan yg anda ni mmg otak sempit.
Putii tahu, mungkin kita sebagai seorg yg menutup aurat semestinya kena jaga tutur kata yg baik. Tapi itu ikut suka mereka lah sbb dosa itu mereka yg tanggung. Jadi tak payah nak tambah lagi dosa korang buat status yg mengancam semua org even status tu hanya untuk org yg kau tuju je. Hello, awak tak mention sape-sape kan so semua org boleh terasa lagi-lagi kalau kau tulis "orang pakai tudung ni..."
Maaflah kalau ada yg terasa or terancam dengan post aku kali ni. Aku bukannya apa aku cuma terlalu sakit hati pula. Kalau betul mmg kau mrh org tu, kau mention je nama dia kat fb biar dia terasa. So takde lah status korg menyakitkan hati org lain.
Tak minta korg setuju 100%. Just nak korg semua fikir. Jadi manusia ni jgn senang sgt judge org melalui fizikal tapi hati semua kite buat endah sedangkan itu yg lebih penting. Btw, ini blog saya. Aku yg sign up, aku yg log in, aku yg update post, aku yg edit blog and semua nya aku. Yela sbb ini blog aku jadi kalau nak baca silakan and kalau nak membantah sila comment.
Semua org tak sempurna kat dunia ni. Masing-masing buat silap.




No comments:
Post a Comment