ASSALAMUALAIKUM!
Kali ni aku nak post pasal errmmm. Okay baca tajuk je la. perlu ke ulang benda yg dh mmg terang-terang kat situ an. Lately ni, semua org dengan masalah dorg sendiri. Aku dengan masalah aku. Kawan aku dengan masalah dorg sendiri. Mcm mana pula dengan orang yg ada masalah dengan kita hek? Err, itu kau punya lantak dan sesungguhnya saya memang malas nak amek tahu. Kita kat dunia ni mmg selalu dengan masalah. People, Drama, Problem and Love. hmm sememangnya mereka dah sehati sejiwa.
Dekat dunia ni semua orang ada masalah kan. Ada org cakap kalau takde masalah bukan manusia normal. Erm okay aku setuju tu. And semestinya manusia yg sering buat masalah kan. Semua org tak pernah lari dari buat masalah, nama pun manusia yg tidak sempurna. Am i right?
Okay aku dah terlalu penat dengan drama ni. Hey, kehidupan ni sebanarnya satu drama tau and kita ni sebagai pelakonnya. Tapi aku kalau drama happy-2 aku suka ah. But macam mana pula yg sedih-2 tu kan? Haa itu aku tak suka. Aku dah penat weh dengan semua drama ni. Betul cakap ibu aku.
"Kita kat dunia tak semuanya indah. Tak semuanya yang kita nak akan dapat. Tak semestinya kita happy selalu. Kita hidup ni ada buruk, kadang-2 jatuh and kadang-2 sedih. Itu lah kehidupan."
Bila aku happy je ibu aku mesti pesan. Jangan happy sangat. Okay now aku faham. Ibu taknak aku happy sangat sbb suka itu boleh jadi duka. Happy sangat-sangat boleh jadi sedih sangat-sangat AND sayang sangat-sangat boleh jadi benci sanga-sangat. Kan kan?
Okay now aku nak cakap pasal cinta. Semua org ada perasaan ni kan? Cinta pada Allah. Cinta pada Rasulullah. Cinta pada Ibubapa. Cinta pada kawan-kawan and Cinta pada bf/gf. And sesungguhnya cinta yang paling murni and kekal sampai akhirat ialah cinta pada Allah dan Rasulullah. Kalau cinta pada yang hidup nnti dorg akan tinggalkan kita juga kan? dorg akan mati kan? sama juga dengan kita. Tapi cinta pada Rasulullah sampai akhirat tau. Rasulullah saw akan tunggu kita. Hmm indah tau. tersangat :)
Okay lah, aku nak berdakwah kat sini, aku mmg tak pandai. Aku nak cakap benda yg pada aku perlu diperbetulkan. Aku minta maaf terlebih dahulu kalau ada yang tak suka. Hmm aku hidup tak boleh nak happy kan semua org. Maaf maaf maaf maaf. Takde niat nak tujukan kat sape-sape. Yang tak suka aku malas nk fikir. Blog aku ni act untuk org yg sudi membaca je. Yang tak sudi, sorry "Dont Waste Your Time"
Ada orang cakap cinta itu perlukan pengorbanan. Yeke? Pada aku lah pengorbanan mmg semestinya. And kalau org tu dah berkorban untuk kita, kita sepatutnya kena hargai kan? Susah sangat ke nak menghargai eh? Aku nak tanya susah sangat ke? Aku sangat tak suka org yg tak reti nak menghargai pengorbanan org lain. Orang mcm tu patut ke disayang? dihargai? Tak patut. Pengorbanan ni pada aku makna yg sangat besar tau. Kau ingat pengorbanan ni benda suka-suka? Happy ke berkorban untuk org yg tak pernah hargai kita? Sakit kan? Hmm takpe laa, aku tahu Allah Maha Adil. Dia Maha Mengetahui setiap perkara yang kita tak tahu. Aku tahu Allah je yg boleh balas budi baik org yg dh banyak sangat berkorban untuk org yg $#@%&.
Ada org kata "couple kalau sehari tak gaduh, tak best aa". haaa? can you repeat? tak best? gaduh itu best ke? Aku pernah lah kapel then tiap-tiap hari gaduh. Pada aku itu adalah perkara yang tak seronok LANGSUNG. Lama-lama boleh jadi kita MUAK dengan couple kita ni. Mmg lah gaduh itu tandanya sayang, tapi kalau dah tiap-tiap hari gaduh boleh jadi benci woii. Time tu sayang tah kemana and perasaan benci menguasai kita tau. Kau nak ke? Please laa. Banyak lagi cara yang boleh menambahkan lagi sayang korg kat pasangan korg.
"Muka lawa, tapi ***** kecil. Tak minat la". Dear men who say this about women, consider yourself lucky we can't see your **** to judge
Sorry, sememangnya aku taknak mencarut kat blog aku. Benda alah ni aku dapat kat twitter. And aku letak kat sini sbb betul ah sorg mamat ni cakap. Err aku buat benda ni tanpa minta permission dia. Sorry!!!! Hey, sincerely aku mmg tak suka laki mcm kt atas ni. Hell-O. Cinta itu bukan nak mencari kesempurnaan okay. Yeah semua manusia tak sempurna. And love bukan lah nak mengambil kesempatan ni. Not at all. Aku kalau nampak laki macam ni. Sorry aa mmg aku reject awal-awal. Aku panggil laki mcm ni "Jantan Tak Guna". Please lah, even sayang mana pun kita kat org tu. Maruah ttp didahulukan :)
Sudah, aku taknak cakap panjang lagi. Ini pun dah cukup panjang. hihihi. Yang lain itu korang pandai lah fikir sendiri k. Aku hanya cakap apa yang termampu sahaja. Sekarang ni ramai gila orang hanyut disebabkan cinta. And ramai yang suka cari masalah. And ramai yang suka lari dari masalah. Setiap masalah ada penyelesaiannya kan. Tapi terpulang pada kita sama ada nak cari ke tak penyeleasaiannya tu. Okay sebelum korang tutup blog aku ni. Sebelum korg kutuk pasal aku ni. Aku nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Bagi sesiapa yang tak suka. Bagi sesiapa yang ada terasa hati. Sorry and Byebye. Have a blast day :*




No comments:
Post a Comment