Assalamualaikum :)
Pejam celik, pejam celik aku sudah form 3. And PMR pun sudah berlalu. 2012 bakal mengambil alih. SPM bakal menghampiri. Usaha yang lebih perlu untuk berjaya dalam SPM nanti. Okay result belum keluar dah cerita pasal SPM. Haha oh tidak mengapa, itu namanya memikirkan masa depan. haha. Bagus kan anak Surani ni. Hahaha.
Kebanyakan membe aku semua nak pindah. Mungkin bosan atau nak cuba pengalaman duduk kat sekolah lain. Aku pula? Nak pindah ke taknak? Erm entahlah, kalau ikutkan aku nak je pindah. Bukan fedup dengan sekolah sekarang ni. But, nak rasa duduk kat asrama. Tahu tak aku mohon sekolah apa? Sekolah Menengah Seri Puteri. Dekat Cyberjaya. Kenapa aku pilih sekolah tu? Entahlah. Aku rasa berminat pula. Takpe, aku hanya mampu merancang Allah yang menentukan.
Tapi berat pula hati ni nak tinggalkan kawan-kawan aku. Takut rindu yang meluap pula kat dorang buat aku tak tahan. Maklumlah aku ni kadang-kadang cepat putus asa. Berkata-kata memang pandai. Bila suruh buat, lalalala~. Kenangan aku dengan membe aku semua merupakan kenangan paling indah yang pernah aku lalui. Korang selalu ada dengan aku even susah dan senang esp my family in school. Ya Allah, aku sayang korang sangat-sangat. Sayang yang teramat sangat. Tentu sedih bila semua orang dah berpecah kan. Alah takpe, ini pun demi masa depan kita semua kan. Ketepikan dulu tentang keseronokan ni. Lepas spm baru kita boleh 'enjoy' sepuasnya.
Maaf, yang tiada dalam gambar bukan bermakna aku tak sayang or tak ingat. Asalkan korang sentiasa di hati and ingatan putii. Okay? Tengok gambar ni semua. Terasa sebak pula. Rasa mcm tak sanggup. Teringin putar balik masa tu. Malangnya, masa tu takkan pernah berulang nuat kali kedua kan? So, sekarang ni gunakan lah masa tu dengan sebaiknya. Kalau boleh banyakkan lagi kenangan. Nanti kalau rindu ingat balik apa kenangan-2 kita dengan membe kita semua.
Kita berkawan ni sebenarnya memerlukan antara satu sama lain kan? Seorang hilang, berpecah belah lah semua. Esp to my 'family' (aida,afiq,topek,ejam,syahir,haris,shift,adiib). Terima kekurangan membe kita seadanya. Hargai mereka ketika mereka masih dengan kita. Ketika mereka masih di depan mata kita. Jangan menangis tak berlagu nnti bila dorang takde dengan kita or kita yang tkde dengan dorang.
Korang, aku betul-betul happy berkawan dengan korang. Semua orang nak straight A's kan? Ye la sape yg taknak? Okay aku hanya mampu berdoa je. Yang lain aku serahkan kepada yang Maha Berkuasa. Aku harap bila kita dah berpisah, jangan pernah lost contact okay. Sesibuk mana pun kita study, takkan lah tak bole luangkan masa sedikit dengan kawan kan? Aku harap apa yg diimpikan oleh korang semua akan tercapai. Love each other. Trust each other. Help each other. Kita ni saling memerlukan.
Aku sayang korang. Hmm dah bape kali aku ulang kan? Tapi tuhlah, sayang aku kat korang tk pernah ternilai. Tak boleh describe macam mana aku sayang korang. Aku nak korang tahu, aku perlukan korang semua. Kita dah lama kawan kan? Aku kenal korang buka 2/3 hari. Tapi dah 3 tahun. Mcm-mcm kan kita lalui sama-sama. So, tak semudah tu aku nak biarkan friendship kita putus. Okay, tak mahu berkata-kata lagi, nak nangis dibuatnya. To all my honeystars 'I Love You All' , mwah mwah :*
-The End-









No comments:
Post a Comment